ntah ngape ptg2 cenggini aku macam xde mood langsung..moody jerk..ngantuk pun iye jgk..bila perut dh kenyang,mata pun mula nk pejam..gelap..!!! tp bila pikirkan aku ni kat ofis,kena tahan mata ni macam letak batang lidi la..kalu kat rumah ni dah lama dah aku bumm!!! tak ingat dunia atas tilam walaupun tilam aku x seempuk tilam king koil..oh mata,segar la dikau..
tetiba plk teringat kat en.perfect 10..lama dah tak sembang lama2 ngan die..maybe sebab aku perang sikit2 lagi dgn die nih..mmg aku ego..!!! titik..xperlu nak panjang2 kan..hati perempuan ni cepat tersentap,terseliuh,tercuit dan macam2 ter lagi lah...mudah menangis lagi la..aku ni lagi la..mintak gambar sekeping pun,kalu die x bagi memang aku sememeh habis la..macam mengade2 jerk,tp rasa hati mmg macam 2..xblh nk buat apa la..bukannya aku xnk memahami dia,tapi dia pun kena la memahami aku jgk..andainya lelaki tahu,dalam hati seorang perempuan ada naluri untuk di sayangi,ada rasa untuk di beri perhatian,ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,ada waktu2 minta di temani kesedihannya..ingatla semua kaum lelaki,jangan biarkan wanita disisi kamu bersedih dan menangis..dan jika dibiarkan,lama kelamaan hatinya akan pudar cintanya sebagaimana terhentinya airmata yg mengalir..jangan biarkan wanita disisi kamu merajuk berpanjangan hinggakan anda tiada usaha memujuk untuk mengembirakan hatinya,kerana pasti akan ada insan lain yg cuba membuatnya tersenyum dan bergembira..pesanan ikhlas daripada saya..ntah btl ke x teori nih..hihihihi..
masuk sekejap hal ofis..hari ni ramai bos2 xde kat ofis..mmg merdeka raya la!!!..blh berpicnic la hari ni..tengah hari td aku ngan ofismate g melawat anak ofismate lagi sorang yg x sihat..pejam celik pejam celik,dah hampir 3 bulan dh husband ofismate ni kembali ke rahmatullah..cepat sangat masa berlalu..tapi sebagai manusia biasa,kita sememangnya tidak dapat lari dari perasaan sedih tatkala kehilangan orang tersayang..air mata dan tangisan adalah tanda kasih yang lahir dari hati setiap manusia setiap kali diuji dengan kematian..menangis kerana perasaan sedih ini diharuskan dalam Islam..sekalipun menangis diharuskan,amalan keterlaluan seperti meratap,menjerit-jerit,menarik rambut,memukul-mukul pipi dan dada atau mengoyak-ngoyak baju serta perbuatan yang seumpama dengan itu hukumnya haram..tapi ofismate aku ni dah nampak tabah dalam soal meneruskan hidup dengan dua orang anak lelaki..hidup tanpa suami dan ayah untuk anak2 mmg payah,tapi jika usaha dan kekuatan yg diberikan oleh keluarga dan kawan2,semua blh berjaya dan menjadi..wanita insan tabah..dijadikan oleh Allah swt. dengan sifat yang lemah lembut,sesuai dengan peranannya sebagai pendidik anak-anak..
tetiba rasa macam melalut je ptg2 mcm ni..segala madah2 ayat pujangga aku keluarkan..tapi kita sebagai seorang anak, kekasih, tunang, isteri, ibu, nenek dan moyang, kita akan melalui semua fasa2 hidup ni nnt..kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita,sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita,kita tetap kaya,kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan..jagalah dirimu baik-baiknya,usahakanlah kemuliaannya kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab..ambillah waktu untuk berfikir kerana itu adalah sumber kekuatan..ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi..ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan..ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan..ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan..ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah jalan menuju kebahagiaan..ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah musik yang menggetarkan hati..ambillah waktu untuk memberi,itu adalah membuat hidup terasa bererti..ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah nilai keberhasilan..ambillah waktu untuk beramal,itu adalah kunci menuju syurga..
Best regards,
No comments:
Post a Comment