Tuesday 11 December 2012

~ Harus Kuat ~


eeeeeeerrmmmm...ntah macam mana aku nak buat sekarang ni..xkan la nak menyerah jer..kena la ada usaha jugak..tapi kalau sebelah pihak je yang usaha, xde jalan penyelesaian jugak kan..so, jalan terbaik dengan berdoa, berdoa dan berdoa..harus menerima qada dan qadar yang telah ditetapkan sejak azali lagi..kalau tuhan telah tetapkan dia adalah jodoh kita, maka ape pun yang terjadi dia tetap jodoh kita..sebab 2 la ada pepatah yang mengatakan "kalau dah jodoh, xkan kemana"..sebagai seorang islam, kita tidak boleh menyerahkan nasib kita pada Allah tanpa berusaha..kita boleh untuk bertawakkal jer pada Allah, tapi mesti didahulukan dengan usaha. setelah berusaha barulah kita boleh bertawakkal dan berdoa pada Allah. itu adalah cara terbaik..

sakit, pedih dan sampai kadang2 aku rasa macam nak mati aje..aku cuba mengelak, tapi sampai bila..??? benda ni xkan selesai sampai aku jumpa orang lain yang boleh membuatkan aku lupakan dia..tapi, ada ke orang yang mampu buatkan aku lupakan dia...??? namun, aku xkan bercinta dengan lelaki yang tak mampu membuatkan jantung aku berdegup kenyang..yeke...??? kata orang, menerima orang yang mencintai kita adalah lebih baik daripada memilih orang yang kita cintai..sebenarnya, kita akan lebih penat jika hendak melayan kerenah hati ni..terlalu susah sebenarnya untuk memuaskan hati sendiri apatah lagi hati orang lain..aku fikir, kerana terlalu menyanyanginya, aku sanggup melepaskannya pergi..biarlah dia mencari kebahagiaannya di luar sana..tapi andai kata dia tidak bertemu dengan mana2 pintu kebahagiaan, pintu hati aku tidak pernah tertutup buat dia..sekali aku cinta, selamanya cinta itu akan tetap ada..walaupun hanya tinggal sedetik lagi, diri aku akan terus mencinta...sampai ke syurga...insyaallah...

masa ini, waktu ini..aku hampir2 kuat, bersemangat, tenang dan dah boleh enjoy sikit2 dengan kawan2 aku yang banyak bagi semangat, kata2 nasihat dan macam2 lagi..dorang yang berjaya buat aku bangkit dari kesedihan ni..tiada guna melayan sedih yang melebihi had, nanti akan memakan diri jugak..haiisshh..kusut kepala otak aku memikirkan tentang seorang lelaki yang telah berjaya menarik perhatian aku..namun dia jugak yang berjaya membuat hidup aku jadi kucar kacir begini..kesilapan mengajar aku tentang apa yang perlu aku pelajari selepas ini..kegagalan bukan bermakna aku tidak mencapai apa2, ia bermakna aku telah berjaya mempelajari sesuatu dalam hidup..itu juga adalah bekalan masa hadapan..kegagalan juga telah membuktikan aku telah mencuba membuat sesuatu perkara dan ia sangat tidak merugikan..ia telah mematangkan aku..sekali aku gagal tidak bermakna aku telah tewas..aku hanya tewas apabila aku telah berputus asa..

selamat bertawakkal..

Best regards,



Monday 3 December 2012

~ Sedih Aku Pedih ~


21 NOVEMBER 2012...tarikh keramat beb..uuuwwwwaaaaaa...melalak gila aku malam 2..xdapat nak tahan2 dah..hancur berderai hatiku ini..reput bak kayu yang kena hujan 365 hari..poyo punya ayat..tapi ape yang aku cakap ni betul..sungguh kejam dirimu wahai syangku..hahhah..ni bukan gimik eh..kenyataan versi melalak..bukan macam anjing tau..hiihihi..terpaksa la aku happy kan diri sendiri dulu..tapi sungguh aku x sangka, ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari free kilat skali..taufan pulak melanda selepas itu..kihkihkihk..

sungguh aku sayang kau gila2 la..tapi itu semua tipu dan dusta belaka..dusta sungguh2..feel teruk tahap gaban dah ni..gaban 2 ape sebenarnya ekk..???tapi semua 2 dah suratan...cinta adalah 3/4 mimpi mimpi dan 1/4 adalah kenyataan.akan timbul masalah kalau kau jatuh cinta pada mimpi mimpi itu dan bukan pada kenyataannya, tapi kau akan menemukan cinta sejati kalau kau jatuh cinta pada keduanya..aku pun perlu ingat, Allah tidak akan mengambil sesuatu pun dari makhluknya, kecuali Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik..yang berlalu biarlah berlalu, kerana bagaimanapun semua itu telah berakhir. biarkan semuanya tenggelam bersama matahari hari ini..haahahah..puitis gila ayat2 aku ni..

aku pun xnak menangisi kepergiannya..dia tetap xkan melihat aku berdiri tertegun melihatnya, sekalipun hanya untuk sedetik kerana dia telah pergi meninggalkan aku dan dia mungkin tidak akan kembali kepada aku lagi selamanya..mungkinkah akan ada keajaiban untuk aku dan dia...???satu kenyataan yang aku xsanggup nak hadapi bila kita tahu dia mengkhianati cinta kita..kau terlalu kejam..walaupun kesalahan aku tidak lah terlalu besar, tapi alasan yang kau beri sungguh tidak menetapi kriteria2 untuk mendapat markah penuh..failled..!!! hal paling sedih bila dia pernah mendatangi kita dan pergi berjalan jauh dan perasaan kita bertambah sedih sama banyaknya langkah kaki dia saat dia pergi meninggalkan kita..

tak perlu la aku cerita keburukan dia disini..coretan ni hanya untuk aku kongsikan dengan u olls semua..sekadar coretan..semoga kamu mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu bahagia..cubaan yang kuat untuk kau dan aku supaya kita lebih kuat..kesedihan yang cukup untuk membuatkan kau dan aku sedar bahawa kau dan aku adalah manusia..pengharapan yang cukup untuk membuat kau dan aku bahagia..kita akan tetap saling mencinta apabila kita dapt menerima setiap perubahan..xkan ada satu tarikan nafas pun yang kau hembuskan, melainkan ada takdir yang dijalankan oleh-Nya pada diri kau dan aku..kerana itu tunduklah pada-Nya dalam setiap keadaan..

semoga kisah ini tidak berpanjangan...!!!!


Best regards,


 

Wednesday 14 November 2012

~ Pempuan Gedik ~

uuissshhh...hebat eh kau pempuan, macam2 cite kau story eh..nak menampakkan kau hebat agaknya..puuuihhh..memang aku xtabik towink towink towing arr kat kau..agak nye kau pun perasan kau hebat eh..memang x sedar diri..orang yang merasai menang sementara macam kau ni kerana menentang kebenaran tetapi kebenaran itu akan mentertawakannya juga nanti..nak tunggu nanti 2 xtahu la bila menjelmanya..aku memang tunggu sesangat saat2 taufan melanda..kalu kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga la wahai pempuan...kenal dulu mana langit mana bumi yang dipijak..hidung kemek tapi mendongak ke langit tinggi yang amat..sampai tahun depan pun hidung kau xkan menyentuh dahi suak kau 2..


aku memang tak boleh sabarlah..!!! kecik besar kecik besar aje aku tengok pempuan ni..nasib x melayang sampah seranah aku ni kat telinga pempuan ni..jangan kata kat telinga, kat facebook or kat mana2 laman sesawang die pun aku boleh update story malatooppp punya..jaga kau pempuan..!!! ada lori ada bas, ada hari aku langgar kau, tak kisahlah pakai bas atau airbus sekalipun..!!! sejahat-jahat manusia, jahat lagi pempuan spesies macam kau ni..kau ni jenis pempuan yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang lain sebagaimana lalat mencuri bangkai dari tempat yang busuk..pandai pulak aku keluarkan madah mantera ngongkrong ni eh..whatever la..memang aku x sebulu langsung ngan pempuan ni..jangan nak katakan sebulu, berpuluh-puluh bulu biri-biri pun aku xnak ada kaitan...virus virus..!!!


diam aku ni bukanlah menunjukkan tentang kelemahan aku..harus diingat yer wahai pempuan, kalu kau ingat aku diam, kau salah orang la..jika aku buat somethings nanti, nyata hasilnya amat mengagumkan dan kau mesti terkejut beruk punya..jangan katakan beruk, anak cacing dalam tanah pun boleh mati mengejut..hahahah..ni ntah gurauan kutub selatan mana ntah ni..memang menguji tahap kesabaran betullah..kalau ada senapang patah dah lama aku tembak lubang hidung pempuan ni..benci yang amat dan amat sangat..!!!!


tenangkanlah hati aku ni ya allah..untuk peringatan aku sendiri, apabila kita berada di pihak yang benar, kita tak perlu marah..sebab 2 kau selalu aje menggelupur macam cacing kepanasan eh, sebab kau takut kau kena tinggal..hahahah...nampak sangat la yang kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri..aku nak ingatkan kau, kalu berada di pihak yang salah, kita tak boleh marah..menegur dengan lemah lembut adalah cara yang bijaksana untuk menyelesaikan permasalahan..manakala menegur dengan cara yang kasar akan mewujudkan perbalahan..tapi dah memang aku isytiharkan perang teluk dah ni..


selamat berperang..!!!!


Best regards,


 

~ Crepe Durian ~


Assalamualaikum semua...hari ni aku nak bercerita pasal crepe durian yang menjadi kegilaan aku sekarang ni..tapi aku belum gila lagi..cuma terlebey xcited jer..ngeee..lagipun kalu u olls tengok kat facebook, bersepah2 orang duk bercerita pasal crepe durian ni..dah menjadi fenomena seni yang menggagumkan betulla..kalah taufan sandy yang melanda new york..wow wow weeee..memang sedap la beb..kalu makan sejuk2 lagi sedap..memang mantooppp..!!! konfem, kalu beli 1 paket mesti xcukup bagi aku yang memang penggemar tegar raja buah ni..erk, macam mengada2 lebih jer..


1 paket ada 6 biji crepe durian ni..tapi dah hilang sebijik dah masuk dalam mulut aku..ni sebab dah xtahan godaan bau durian ni..cooobaaannn...
 

ni crepe durian yang kawan aku buat..ofismate okay..sape2 yang nak buat tempahan boleh survey2 kat blog die ni ha..aku bagi link die eh..u olls search kat qeenschocolove.blogspot..gerenti sedap..gerenti puas hati..gerenti malatopp..banyak gerenti lagi yang aku jamin dengan cop sirim skali..nak tunggu cop mohor2 besar lambat lagi..ahaksss..sekarang ni pun, kat ofis aku dan mula menular musim crepe durian..jangan kata bahagian ofis aku aje, sekarang ni bahagian2 lain pun dah tahu..jualan laris beb..memang xmenang tangan la kawan aku ni ambik order..promosi besar-besaran..nak dekat hujung tahun ni, megasale banyak la..hahahah..tapi crepe durian ni xde diskaun erk..harga nett..titik..!!!


kalau aku ni jenis tangan lembut, boleh la aku try buat..tapi al-maklum aje la..tangan dan jari jemari aku ni xboleh nak lentur dah..hihihihi...sebab 2 la ada pepatah yang mengatakan melentur buluh biarlah dari rebung nya..hah, kan bila dah kematu macam ni dah susah nak lembut dah..tapi kalu nak seribu daya, kalu xnak seribu dalih la kan..ngeee~..tetibe aje tersentap sendiri..kalu bab masak2 ala2 western ni aku rajin la jugak..kalu bab2 kuih muih ni memang failed la..tapi akan diusahakan nanti..nak tunggu nanti 2 xtahu la sampai bila..doakan aje la yerr..


Best regards,


 

Wednesday 31 October 2012

~ Mood = Teruk ~


susahnya nak cakap bila bab mood menjelma bak ternampak hantu pocong kat depan pintu aje..terkujat, terlopong, terngadah semuanya ada..sampaikan sebutir ayat pun xleh nak kluar..betapa dahsyatnya sampaikan aku xleh nak luahkan ape yg aku rasa sekarang ni..psikologi aku xberapa nak betul dah agaknya..ni dah betul2 distress ni..hari2 duk melayan stress lame2 boleh dapat penyakit la aku...xpasal2 aku pegang rekod berpenyakit plk kang..sekarang ni kan stress tersangat2 la glemer di kalangan diri kita sendiri kan..kalah hafiz awan nano feat dato siti nurhaliza..hohohhooh..buat sementara ni, riangkan hati sendiri udah ler..




 
stress kat ofis...??? sudah tentu la..tanya la semua orang dan semua akan cakap ye, ye dan ye..orang yg xpernah mengalami stress 2 maybe die ambik drugs la kot..sebab 2 bila nak start stress je die jadi okay..ihhihihi...sambil ketuk2 mulut sebab terlalu cepat ayat ni kluo dalam kepala otak aku ni..kata dr. hm tuah iskandar al haj "tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak beerti.." bila direnung renungkan, benda ni memang masuk akal logik..ayat lancang kuning macam mana pun, benda tu memang xdapat nak dikawal oleh traffic pun bila tekanan perasaan nak marah tu datang..kronik betul la..


ni yg mak nak cite ni..kat ofis ni dah ada jembalang jeles nyah..bukan setakat sekor aje, maybe ada lagi dua tiga ekor..maybe jgk akan ada berekor ekor lepas ni..hahahahh..beranak pinak eh kau jembalang..pandai pulak kau bermuka muka..jangan katakan talam dua muka, ni dah tahap kuali tembaga dah..dah dekat ngan lembaga janji ada baga kat belakang tuh dah boleh kira sepupu sepapat la...ni la nama nya orang tua xsedar diri..duk dengki kat orang muda belia macam aku ni..dah berkedut seribu pun, boleh lagi nak berebut kuasa..piiiirahhh..!!!! dah tua2 tu buat2 la berebut nak g masjid ke, surau ke ada jgk faedahnya..kubur dah cakap datang lah, rumah pun dah cakap pergilah pun xsedar2 lagi..


memang aku marah gila ni..bukan setakat marah je, menyampah, benci semua ada...dah xtahu buat kje 2, xnak tanya orang..bila orang lain buat, die pulak duk sibuk nak dapat nama..depan yang berhormat tunduk sampai kepala mencecah ke lantai dah..hebat betul kau membodek..lagi afdal aku gne ayat mengadu la senang..aku ni jenis yang merendah diri, xnak la gaduh ngan orang tua macam die tu..kang bila aku serang die kang, xpasal2 die terus kiokk..aku pun free2 je dapat dosa kering..hihihi..nak balas dendam tapi xtahu macam mana..kalu aku buat macam 2 serupa la aku ni pun berperangai macam die jugak..xnak xnak xnak..pi mampusss die la nak buat ape pun..janji die x menggangu gugat hidup aku lelebih sudah..sahabat sekarang ni, lame2 boleh jadi seteru yang amat menakutkan..jenis tikam belakang..kenyataan ni..


oleh itu, ingat la jangan pernah rasa putus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia ini dengan penuh masalah..sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa depan supaya ia lebih baik..halangan atau cabaran atau masalah bukanlah penyebab besar kepada kegagalan kamu terhadap diri kamu sendiri..sooo, xpayah la nak sedih2 sebab ini akan membuatkan musuh anda akan bergembira..dengan itu, bahagiakanlah hati anda yang mana ia akan membuatkan musuh anda akan berdukacita..ahahahah..BINGGO..!!!!


selamat beramal... :)

Best regards,


 

~ Snap..Snap..Snap.. ~


assalamualaikum..selamat pagi dan salam 1malaysia..sedikit sopan gitu...hari ni 31st Oktober 2012..pejam celik pejam celik dah habis bulan dah..esok dah masuk bulan november..sedar x sedar dah nak habis tahun 2012 dah..tahun depan tahun baru dan aku pun sudah siap sedia untuk membentuk perhubungan baru yang lebih matang dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab terhadap kehidupan berkeluarga..ceeewahh...!!! ayat skema tahap pakai cermin mata tebal 3 inci ajer dah gayanya..hihihihi..

aku ni pun saje je nak habiskan masa yang terluang ni..sementara tengah relax xde kje ni la aku blh godek2 blog ni..kalu x, memang aku sibuk dengan kje ajer la..pekerja mithali la katakan..masa aku penuh dengan buat kje, nak jawab coll lagi dan ibarat aku ni macam operator dah lagaknya..padahal operator yg sebenar pun bukannya ade kje sangat, saja je nak menyusahkan orang..whatever la..hari ni hari senang sedunia aku..soooo..aku jimba2 la hari ni...HOOOOREYYYY...!!!!

hari ni pun aku saje suka2 nak masukkan gambo yg sempat aku snap snap kat rumah hari 2 masa ada kenduri makan2 masa raya haji baru2 ni..erkk, macam pelik je ayat aku ni kan..xpe la janji u olls paham ape yg aku maksudkan..kalu x faham pun, buat2 faham la yerk..huhuuhhu..kalu u olls nak cakap aku ni poyo ke, perasan hot ke, gedik ke, 2 semua aku x peduli..ni kan blog aku kan, so aku punye suka la kan..kalu u olls dengki, u olls buat la jgk macam yg aku buat ni..hohohoho..



uuiisssshhh...apasal cenggini jadinya.. si kecik 2 pura-pura terkejut la ni..tapi ape plk motif aku buat muka macam 2 erkk...tetiba je posing dengan muka cemberut gitu..aksi spontan ni tauuuu...



meet my lovely and my beautiful little sister..comey aje..muka bersih macam xde dosa je ni..hiihhihi...biar la Tuhan yang tentukan bab dosa pahala ni ehh..yang penting kami enjoyyyy...



hahh..ni macam aku plk yg buat2 terkejut..poyo betul kan..release tension la katakan..budak kecik 2 duk main liter..kang terbakar betul2 baru tauuu..tapi dan tentu la aku yg akan jadi mangsa pertama kot..ihihihhi..



ni yang best ni bila guna iPhone..macam2 kaler picture aku blh buat..bab picture memang iPhone hebat la..tapi yg kureng nye bila xleh nak bluetooth..blh pun dgn geng2 iPhone jgk..nan ado jer..ingatkan dah hebat..!!! ada jugak yg cacat sikit..hohohoo..



my first kiss went a little like this..and twist..and twist..tetibe dah terkeluar lirik lagu 'my first kiss' ni haaa...eeiii, budak kecik ni..die ni memang rapat dengan aku..saaaaaayang kamu budak kecik...!!!! mmmwuahhh...!!! mmmwuahhh...!!!



uuuuuu...dah macam anak jepun..kalu mata sepet memang sahih lagi nyata la..hihihi..aku ni, kat mana2 pun sempat aje aku snap gambo..tanpa mengira masa dan keadaan..kalau dah suka bergambar, bagi la ape2 pun..kira menjadi la..BINGGO...!!!




 
Best regards,


 

Sunday 28 October 2012

~ Salam Aidiladha ~


belum terlambat lagi aku nak wish "Selamat Hari Raya Korban" a.k.a "Hari Raya Haji"...walaupun tahun ni x berapa nak cukup corum, tapi tetap meriah jugak..penuh dengan gurau senda ktorang sepupu sepapat jela..itu yang menampakkan lagi kemeriahan raya ktorang tahun ni..

raya pertama balik kampung atuk kat kuala telemong..macam biasa la, atuk aku korban lembu dua bahagian..bukan banyak mana pun dapat..katanya satu kilo harga die rm50..macam mahal kan..tapi x tahu la betul ke x..macam x logik pun ada..tapi, hentam aje la..janji niat 2 betul..gambar2 kat bawah ni adalah sebahagian daripada xtiviti ktorg..


   ini ntah bahagian mana ntah..kat bawah 2 hati..masak gulai aje la jawabnya..makan ramai2 + ngan sambal belacan..bestttt...!!!!


tulang rusuk...buat sup pun sodapppp...!!!! tapi, hari 2 my mum buat gulai tulang aje..makan sup time hujan baru best..bila sejuk, makan sup tulang panas2..sedappp siottt...


 
tiga bahagian..menandakan untuk 3 orang..kot lah..hiihihihhihi..bahagi pun sama rata aje..xde yang terlebih, xde yang terkurang..


ni my mom ngan my grandmother..dorang tengah bahagi2 daging ler tu..my mom 2 tengah potong daging untuk buat panggang..


ni la hasilnya..ada daging, ada hati..just gaul ngan garam + kunyit jer la..nak perap ngan rempah ratus lain dah x sempat..buat simple2 sudah..janji boleh dimakan..hihihihihih..


dah hampir masak..yumm yumm..cicah ngan air asam..perrgghhhhh..sedap hingga menjilat hujung jari tangan lah...silap2, dgn pinggan2 skali licin berkilat sampai xperlu nak basuh2 lagi..hihihihi..



raya kedua balik rumah sendiri pulak kat kuala terengganu..maksdara aku pulak buat open house..rumah die pun kat depan rumah aje..senang la nak ulang alik..jemputan mencecah 200 ratus orang...perrgghhh, ramai dan memang memenatkan..dalam duk penat2 2, tapi best bila ada ramai sedara mara, sepupu2 semua datang..tapi gambar2 tengah masak memang xsempat nak snap pun...bizi sangat la katakan..masak banyak, tapi x membazir la sbb semua lauk pauk dah bagi2 kat sedara mara yang lain, kat jiran2 rumah dah hantar sorang sikit..alhamdulillah..dapat la sama rata semua..harap2 dapat keberkatan la..aminnnn...


hah..Dato' Wan Hisham yang pakai cermin mata tu..tu aje yang aku kenal..hihihihi..datang awal tu..semangat betul..semangat datang makan kot..hehehehe...


yang pakai baju ala2 pink sikit 2, Dato' Wan Farid..abang kepada Dato' Wan Hisham tadi..dorang ni memang dah pakat datang serang makan awal2 agaknya..ape2 pun, enjoyyyy ler...


kuii kuii kuii..orang tengah ramai..aku sempat lagi duk menggedik ambik gambor ni..saja je duk suka2..boring masa ni..iPhone kan ada macam2 design masa nak take a picture 2, 2 yang bibir dah jadi kaler oren..makin syok ler plk ktorg duk snap2 ni..


cun x...???? hihihih..whatever la..





Best regards,