hari ni aku saja jerk nk bagi kata2 azimat, penawar, ayat keramat, madah puitis dan yg sewaktu dengannya la..hal duniawi, syurgawi, cinta dan lain2 hanya setakat yg aku pernah baca, yg pernah aku ingat, yg pernah org cakap kat aku, setakat ni la aku dapat share ngan u olls.kalu ada salah silap, harap u olls semua maafkan la yerk..
Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi..
Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya..
Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan..jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan..
Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita, sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan..
Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan..sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya..
Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya..kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat..orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat..
Hidup memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan perjuangan dan perjuangan memerlukan ketabahan dan ketabahan memerlukan keyakinan dan keyakinan pula menentukan kejayaan dan kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan..
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa..
Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR..teman yang paling akrab adalah AMAL..pengawal peribadi yang paling waspada DIAM..bahasa yang paling manis SENYUM dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK..
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam..jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa...jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji..
Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..
Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu..sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan..segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman..
Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging..
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan..
Bercintalah dnegan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dngan kejayaan..
Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi matlamatnya semata-mata adalah untuk memiliki dengan sepenuhnya..tetapi cinta itu ialah perkongsian di dalam kecenderungan dan kegemaran dan perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda..
Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya, Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya, Hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya..
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan membuta tuli..mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar..
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba..jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup..jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tak dapat melupakannya..
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan disebaliknya..alasan yang kadang-kadang sukat untuk dimengertikan..namun percayalah bahawa, ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan..
Best regards,
No comments:
Post a Comment