Cinta adalah gurauan dalam kehidupan...kdg2 buat kita ketawa,kdg2 buat kita terasa dan gurauan itu juga yg buat kita memahami mcm2 emosi..kalau yg mencantikkan lukisan adalah warna,maka yg mencantikkan kehidupan di dunia ini adalah cinta..tp cinta ini mcm hantu,semua org percaya tp bukan semua yg akan jumpa..cerita ini mcm cinta aku..kalau aku cintakan dia,biarlah dia sendiri yg rasa,bukan sbb kata2 cinta aku yg x seberapa tp sbb rasa cinta yg dtg dari hati dia sendiri..seperti insan lain,aku juga punya naluri untuk bercinta dan dicinta..aku slalu tertanya-tanya,adakah cinta buat insan seperti aku...??? yalah,aku tidak secantik gadis idaman lelaki semalaya..namun,cinta tak semestinya memiliki..aku sendiri tak kenal cinta aku.mcm mn pn,cinta bg aku mcm gula..mmg lah manis,tp kalau berlebihan lama2 kita jg yg akan sakit..silap2 blh mati.seperti kata2 mak,cinta itu bahagia.50 bahagia 50 cinta..kalau terlebih cinta tp tak ada bahagia jawabnya derita..kalau terlebih bahagia tp tak ada langsung cinta dh jd mcm anak yg dianak tirikan..inilah yg dinamakan kisah cinta tak bersegi..
kalau dia ditakdirkan utk aku..lari jauh mn pun,dia tetap akan dtg pd aku.seperti mudahnya dia muncul dlm hidup aku dan semudah itu dia hilang..andai kata dialah jodoh aku yg sudah tertulis sejak azali lg,aku harus panjatkan rasa syukur kepada mu ya allah krn aku masih dikurniakan dgn satu jodoh..susah bg org lain yg menantikan jodoh sendiri tiba,sedangkan aku begitu mudah pula mendapat jodoh..semoga semuanya dalam keberkatan illahi dan seandainya aku hendak diuji,ujilah aku di batas kemampuan aku,selayaknya seperti insan biasa yg tak punya apa2 keistimewaan pun..dalam doa yg slalu aku mohon,aku tidak minta permintaan yg berlebihan..aku juga tdk pernah meminta yg bukan2..tetapi aku slalu mohon permintaan yg sgt kecil..aku sekadar inginkan seorg lelaki yg kenal tikar sejadah,yg blh jd iman bila sesekali solat berjemaah di rumah dan selebihnya aku mohon lelaki yg bergelar suami itu kenal akan tangga masjid..tidak perlu yg warak,yg memakai serban tinggi di kepala,tetapi cukuplah yg biasa2 sahaja..diakah yg dikurniakan kepada aku untuk menemani aku sepanjang perjalanan ke firdausi nnt...????jika dia adalah jodoh aku,maka KAU dekatkanlah dia kepada aku..jika dia bukan jodoh aku,maka KAU jauhkanlah dia dari dalam hidup aku..
percaya atau tidak pasal cinta pandang pertama..???? ramai yg percaya cinta pertama membawa kita ke jinjang pelamin,tp bukan semua yg akan dpt jodoh cinta pertama..mungkin cinta kedua..ketiga yg akan kekal..aku juga jatuh cinta,tp bukan jatuh cinta pandang pertama..ini dh berjatuh2 dh...hihihihi...ternyata inilah yg dinamakan cinta..tidur tak lena,mandi tak basah,makan tak lalu(pepatah ni mcm xberapa nk kena jerk)..sehari tidak mendengar suara dan bersua muka,aku rasa mcm sudah mati akal lagaknya(propa jer lebih)..hendak buat kerja pun tak ada semangat(konon2 la)..namun,aku berjanji aku akan jaga dia dgn sepenuh hati aku sendiri..kalau dia inginkan bahagia,aku akan sediakan bahagia itu untuk dia..kalau dia inginkan kasih sayang aku,sudah aku sediakan sejak mula2 lagi..apa2 sj aku sanggup lakukan untuk dia krn aku tahu,aku hanya ada dia..hanya dia yg bertahta di sudut hati aku utk selama2 nya..itulah lelaki yg bakal menemani hidup aku sekarang dan selagi ada hayat di kandung badan..cinta dia membuatkan aku melupai segala kesakitan yg dulu..cinta jg buat aku tdk lg bergantung harapan kpd sisa2 kenangan lalu,tetapi cinta ini membuatkan aku menghargai apa yg ada dlm hidup aku sekarang..cinta ini memberi aku bahagia dan terlalu indah..cinta ini memberi semangat utk aku terus hidup..kdg2 aku berfikir,apalah erti cinta seandainya tidak boleh memiliki dan seandainya tidak boleh hidup dgn nya..cinta apakah itu...??? betullah kata pujangga,kita jatuh cinta tidak memerlukan masa yg lama,cukup lah hanya dgn sedetik saja aku sudah jatuh cinta...
Dari Jejari...,
No comments:
Post a Comment