Thursday, 30 August 2012

~ Berhijab ~

Berubah.

Ramai manusia yang mahukan perubahan. Berubah ke arah kebaikan mahupun berubah ke arah kejahatan. Anda pilih. Namun aku percaya, orang yang normal pemikirannya akan berfikir dan mahu berubah ke arah kebaikan demi kesejahteraan dan kebahagiaan hidupnya..

Tetapi, tidak semua orang tahu bagaimana hendak memulakan perubahan itu. Bagaimana dan dari mana hendak melakukannya. Tidak semua orang dapat mengumpul kekuatan sendiri tanpa didorong oleh orang lain dan tidak semua yang mampu melakukannya tanpa bantuan huluran tangan dari orang lain.

Perubahan itu menjanjikan kesakitan dan kepedihan namun akhirnya kita akan mendapat kebahagiaan.
Sekarang ni makin ramai wanita yg berhijab..termasuk la rakan2 artis..dh mcm trend dh.fesyen tudung skrg ni plk bermacam2 fesyen..ada yg pakai tudung bawal,ada yg pakai style berbelit2 di leher..tp cantik kn..

termasuk la aku..aku yg dl nye free hair..sbgai seorang perempuan,sudah tentu skrg ni aku teringin sesangat untuk berhijab..pada awal ramadhan yg lalu,aku telah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.mengambil berkat bulan yg mulia..skrg ni aku telah mengubah penampilan aku ke arah yg lebih sopan..harap2 berkekalan la..xdela bukak tutup bukak tutup je kn..

btul la kata org,apabila kita berniat untuk ke arah kebaikan,allah akan membentangkan laluannya..skrg ni aku perlu berhati2 terutama dari segi tingkah laku,tutur kata,cara pergaulan dgn org ramai..sesuai la dgn penampilan aku yg lebih sopan.

Alhamdulillah, aku dah mula berubah dan semoga allah sentiasa merahmatinya..kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah..marilah kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik dan lebih baik serta lebih baik..



Best regards,

 

No comments:

Post a Comment