Tuesday, 11 December 2012

~ Harus Kuat ~


eeeeeeerrmmmm...ntah macam mana aku nak buat sekarang ni..xkan la nak menyerah jer..kena la ada usaha jugak..tapi kalau sebelah pihak je yang usaha, xde jalan penyelesaian jugak kan..so, jalan terbaik dengan berdoa, berdoa dan berdoa..harus menerima qada dan qadar yang telah ditetapkan sejak azali lagi..kalau tuhan telah tetapkan dia adalah jodoh kita, maka ape pun yang terjadi dia tetap jodoh kita..sebab 2 la ada pepatah yang mengatakan "kalau dah jodoh, xkan kemana"..sebagai seorang islam, kita tidak boleh menyerahkan nasib kita pada Allah tanpa berusaha..kita boleh untuk bertawakkal jer pada Allah, tapi mesti didahulukan dengan usaha. setelah berusaha barulah kita boleh bertawakkal dan berdoa pada Allah. itu adalah cara terbaik..

sakit, pedih dan sampai kadang2 aku rasa macam nak mati aje..aku cuba mengelak, tapi sampai bila..??? benda ni xkan selesai sampai aku jumpa orang lain yang boleh membuatkan aku lupakan dia..tapi, ada ke orang yang mampu buatkan aku lupakan dia...??? namun, aku xkan bercinta dengan lelaki yang tak mampu membuatkan jantung aku berdegup kenyang..yeke...??? kata orang, menerima orang yang mencintai kita adalah lebih baik daripada memilih orang yang kita cintai..sebenarnya, kita akan lebih penat jika hendak melayan kerenah hati ni..terlalu susah sebenarnya untuk memuaskan hati sendiri apatah lagi hati orang lain..aku fikir, kerana terlalu menyanyanginya, aku sanggup melepaskannya pergi..biarlah dia mencari kebahagiaannya di luar sana..tapi andai kata dia tidak bertemu dengan mana2 pintu kebahagiaan, pintu hati aku tidak pernah tertutup buat dia..sekali aku cinta, selamanya cinta itu akan tetap ada..walaupun hanya tinggal sedetik lagi, diri aku akan terus mencinta...sampai ke syurga...insyaallah...

masa ini, waktu ini..aku hampir2 kuat, bersemangat, tenang dan dah boleh enjoy sikit2 dengan kawan2 aku yang banyak bagi semangat, kata2 nasihat dan macam2 lagi..dorang yang berjaya buat aku bangkit dari kesedihan ni..tiada guna melayan sedih yang melebihi had, nanti akan memakan diri jugak..haiisshh..kusut kepala otak aku memikirkan tentang seorang lelaki yang telah berjaya menarik perhatian aku..namun dia jugak yang berjaya membuat hidup aku jadi kucar kacir begini..kesilapan mengajar aku tentang apa yang perlu aku pelajari selepas ini..kegagalan bukan bermakna aku tidak mencapai apa2, ia bermakna aku telah berjaya mempelajari sesuatu dalam hidup..itu juga adalah bekalan masa hadapan..kegagalan juga telah membuktikan aku telah mencuba membuat sesuatu perkara dan ia sangat tidak merugikan..ia telah mematangkan aku..sekali aku gagal tidak bermakna aku telah tewas..aku hanya tewas apabila aku telah berputus asa..

selamat bertawakkal..

Best regards,



Monday, 3 December 2012

~ Sedih Aku Pedih ~


21 NOVEMBER 2012...tarikh keramat beb..uuuwwwwaaaaaa...melalak gila aku malam 2..xdapat nak tahan2 dah..hancur berderai hatiku ini..reput bak kayu yang kena hujan 365 hari..poyo punya ayat..tapi ape yang aku cakap ni betul..sungguh kejam dirimu wahai syangku..hahhah..ni bukan gimik eh..kenyataan versi melalak..bukan macam anjing tau..hiihihi..terpaksa la aku happy kan diri sendiri dulu..tapi sungguh aku x sangka, ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari free kilat skali..taufan pulak melanda selepas itu..kihkihkihk..

sungguh aku sayang kau gila2 la..tapi itu semua tipu dan dusta belaka..dusta sungguh2..feel teruk tahap gaban dah ni..gaban 2 ape sebenarnya ekk..???tapi semua 2 dah suratan...cinta adalah 3/4 mimpi mimpi dan 1/4 adalah kenyataan.akan timbul masalah kalau kau jatuh cinta pada mimpi mimpi itu dan bukan pada kenyataannya, tapi kau akan menemukan cinta sejati kalau kau jatuh cinta pada keduanya..aku pun perlu ingat, Allah tidak akan mengambil sesuatu pun dari makhluknya, kecuali Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik..yang berlalu biarlah berlalu, kerana bagaimanapun semua itu telah berakhir. biarkan semuanya tenggelam bersama matahari hari ini..haahahah..puitis gila ayat2 aku ni..

aku pun xnak menangisi kepergiannya..dia tetap xkan melihat aku berdiri tertegun melihatnya, sekalipun hanya untuk sedetik kerana dia telah pergi meninggalkan aku dan dia mungkin tidak akan kembali kepada aku lagi selamanya..mungkinkah akan ada keajaiban untuk aku dan dia...???satu kenyataan yang aku xsanggup nak hadapi bila kita tahu dia mengkhianati cinta kita..kau terlalu kejam..walaupun kesalahan aku tidak lah terlalu besar, tapi alasan yang kau beri sungguh tidak menetapi kriteria2 untuk mendapat markah penuh..failled..!!! hal paling sedih bila dia pernah mendatangi kita dan pergi berjalan jauh dan perasaan kita bertambah sedih sama banyaknya langkah kaki dia saat dia pergi meninggalkan kita..

tak perlu la aku cerita keburukan dia disini..coretan ni hanya untuk aku kongsikan dengan u olls semua..sekadar coretan..semoga kamu mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu bahagia..cubaan yang kuat untuk kau dan aku supaya kita lebih kuat..kesedihan yang cukup untuk membuatkan kau dan aku sedar bahawa kau dan aku adalah manusia..pengharapan yang cukup untuk membuat kau dan aku bahagia..kita akan tetap saling mencinta apabila kita dapt menerima setiap perubahan..xkan ada satu tarikan nafas pun yang kau hembuskan, melainkan ada takdir yang dijalankan oleh-Nya pada diri kau dan aku..kerana itu tunduklah pada-Nya dalam setiap keadaan..

semoga kisah ini tidak berpanjangan...!!!!


Best regards,