Tuesday, 11 December 2012

~ Harus Kuat ~


eeeeeeerrmmmm...ntah macam mana aku nak buat sekarang ni..xkan la nak menyerah jer..kena la ada usaha jugak..tapi kalau sebelah pihak je yang usaha, xde jalan penyelesaian jugak kan..so, jalan terbaik dengan berdoa, berdoa dan berdoa..harus menerima qada dan qadar yang telah ditetapkan sejak azali lagi..kalau tuhan telah tetapkan dia adalah jodoh kita, maka ape pun yang terjadi dia tetap jodoh kita..sebab 2 la ada pepatah yang mengatakan "kalau dah jodoh, xkan kemana"..sebagai seorang islam, kita tidak boleh menyerahkan nasib kita pada Allah tanpa berusaha..kita boleh untuk bertawakkal jer pada Allah, tapi mesti didahulukan dengan usaha. setelah berusaha barulah kita boleh bertawakkal dan berdoa pada Allah. itu adalah cara terbaik..

sakit, pedih dan sampai kadang2 aku rasa macam nak mati aje..aku cuba mengelak, tapi sampai bila..??? benda ni xkan selesai sampai aku jumpa orang lain yang boleh membuatkan aku lupakan dia..tapi, ada ke orang yang mampu buatkan aku lupakan dia...??? namun, aku xkan bercinta dengan lelaki yang tak mampu membuatkan jantung aku berdegup kenyang..yeke...??? kata orang, menerima orang yang mencintai kita adalah lebih baik daripada memilih orang yang kita cintai..sebenarnya, kita akan lebih penat jika hendak melayan kerenah hati ni..terlalu susah sebenarnya untuk memuaskan hati sendiri apatah lagi hati orang lain..aku fikir, kerana terlalu menyanyanginya, aku sanggup melepaskannya pergi..biarlah dia mencari kebahagiaannya di luar sana..tapi andai kata dia tidak bertemu dengan mana2 pintu kebahagiaan, pintu hati aku tidak pernah tertutup buat dia..sekali aku cinta, selamanya cinta itu akan tetap ada..walaupun hanya tinggal sedetik lagi, diri aku akan terus mencinta...sampai ke syurga...insyaallah...

masa ini, waktu ini..aku hampir2 kuat, bersemangat, tenang dan dah boleh enjoy sikit2 dengan kawan2 aku yang banyak bagi semangat, kata2 nasihat dan macam2 lagi..dorang yang berjaya buat aku bangkit dari kesedihan ni..tiada guna melayan sedih yang melebihi had, nanti akan memakan diri jugak..haiisshh..kusut kepala otak aku memikirkan tentang seorang lelaki yang telah berjaya menarik perhatian aku..namun dia jugak yang berjaya membuat hidup aku jadi kucar kacir begini..kesilapan mengajar aku tentang apa yang perlu aku pelajari selepas ini..kegagalan bukan bermakna aku tidak mencapai apa2, ia bermakna aku telah berjaya mempelajari sesuatu dalam hidup..itu juga adalah bekalan masa hadapan..kegagalan juga telah membuktikan aku telah mencuba membuat sesuatu perkara dan ia sangat tidak merugikan..ia telah mematangkan aku..sekali aku gagal tidak bermakna aku telah tewas..aku hanya tewas apabila aku telah berputus asa..

selamat bertawakkal..

Best regards,



Monday, 3 December 2012

~ Sedih Aku Pedih ~


21 NOVEMBER 2012...tarikh keramat beb..uuuwwwwaaaaaa...melalak gila aku malam 2..xdapat nak tahan2 dah..hancur berderai hatiku ini..reput bak kayu yang kena hujan 365 hari..poyo punya ayat..tapi ape yang aku cakap ni betul..sungguh kejam dirimu wahai syangku..hahhah..ni bukan gimik eh..kenyataan versi melalak..bukan macam anjing tau..hiihihi..terpaksa la aku happy kan diri sendiri dulu..tapi sungguh aku x sangka, ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengahari free kilat skali..taufan pulak melanda selepas itu..kihkihkihk..

sungguh aku sayang kau gila2 la..tapi itu semua tipu dan dusta belaka..dusta sungguh2..feel teruk tahap gaban dah ni..gaban 2 ape sebenarnya ekk..???tapi semua 2 dah suratan...cinta adalah 3/4 mimpi mimpi dan 1/4 adalah kenyataan.akan timbul masalah kalau kau jatuh cinta pada mimpi mimpi itu dan bukan pada kenyataannya, tapi kau akan menemukan cinta sejati kalau kau jatuh cinta pada keduanya..aku pun perlu ingat, Allah tidak akan mengambil sesuatu pun dari makhluknya, kecuali Dia akan menggantikannya dengan yang lebih baik..yang berlalu biarlah berlalu, kerana bagaimanapun semua itu telah berakhir. biarkan semuanya tenggelam bersama matahari hari ini..haahahah..puitis gila ayat2 aku ni..

aku pun xnak menangisi kepergiannya..dia tetap xkan melihat aku berdiri tertegun melihatnya, sekalipun hanya untuk sedetik kerana dia telah pergi meninggalkan aku dan dia mungkin tidak akan kembali kepada aku lagi selamanya..mungkinkah akan ada keajaiban untuk aku dan dia...???satu kenyataan yang aku xsanggup nak hadapi bila kita tahu dia mengkhianati cinta kita..kau terlalu kejam..walaupun kesalahan aku tidak lah terlalu besar, tapi alasan yang kau beri sungguh tidak menetapi kriteria2 untuk mendapat markah penuh..failled..!!! hal paling sedih bila dia pernah mendatangi kita dan pergi berjalan jauh dan perasaan kita bertambah sedih sama banyaknya langkah kaki dia saat dia pergi meninggalkan kita..

tak perlu la aku cerita keburukan dia disini..coretan ni hanya untuk aku kongsikan dengan u olls semua..sekadar coretan..semoga kamu mendapat kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu bahagia..cubaan yang kuat untuk kau dan aku supaya kita lebih kuat..kesedihan yang cukup untuk membuatkan kau dan aku sedar bahawa kau dan aku adalah manusia..pengharapan yang cukup untuk membuat kau dan aku bahagia..kita akan tetap saling mencinta apabila kita dapt menerima setiap perubahan..xkan ada satu tarikan nafas pun yang kau hembuskan, melainkan ada takdir yang dijalankan oleh-Nya pada diri kau dan aku..kerana itu tunduklah pada-Nya dalam setiap keadaan..

semoga kisah ini tidak berpanjangan...!!!!


Best regards,


 

Wednesday, 14 November 2012

~ Pempuan Gedik ~

uuissshhh...hebat eh kau pempuan, macam2 cite kau story eh..nak menampakkan kau hebat agaknya..puuuihhh..memang aku xtabik towink towink towing arr kat kau..agak nye kau pun perasan kau hebat eh..memang x sedar diri..orang yang merasai menang sementara macam kau ni kerana menentang kebenaran tetapi kebenaran itu akan mentertawakannya juga nanti..nak tunggu nanti 2 xtahu la bila menjelmanya..aku memang tunggu sesangat saat2 taufan melanda..kalu kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga la wahai pempuan...kenal dulu mana langit mana bumi yang dipijak..hidung kemek tapi mendongak ke langit tinggi yang amat..sampai tahun depan pun hidung kau xkan menyentuh dahi suak kau 2..


aku memang tak boleh sabarlah..!!! kecik besar kecik besar aje aku tengok pempuan ni..nasib x melayang sampah seranah aku ni kat telinga pempuan ni..jangan kata kat telinga, kat facebook or kat mana2 laman sesawang die pun aku boleh update story malatooppp punya..jaga kau pempuan..!!! ada lori ada bas, ada hari aku langgar kau, tak kisahlah pakai bas atau airbus sekalipun..!!! sejahat-jahat manusia, jahat lagi pempuan spesies macam kau ni..kau ni jenis pempuan yang suka mencari kesalahan dan kecelaan orang lain sebagaimana lalat mencuri bangkai dari tempat yang busuk..pandai pulak aku keluarkan madah mantera ngongkrong ni eh..whatever la..memang aku x sebulu langsung ngan pempuan ni..jangan nak katakan sebulu, berpuluh-puluh bulu biri-biri pun aku xnak ada kaitan...virus virus..!!!


diam aku ni bukanlah menunjukkan tentang kelemahan aku..harus diingat yer wahai pempuan, kalu kau ingat aku diam, kau salah orang la..jika aku buat somethings nanti, nyata hasilnya amat mengagumkan dan kau mesti terkejut beruk punya..jangan katakan beruk, anak cacing dalam tanah pun boleh mati mengejut..hahahah..ni ntah gurauan kutub selatan mana ntah ni..memang menguji tahap kesabaran betullah..kalau ada senapang patah dah lama aku tembak lubang hidung pempuan ni..benci yang amat dan amat sangat..!!!!


tenangkanlah hati aku ni ya allah..untuk peringatan aku sendiri, apabila kita berada di pihak yang benar, kita tak perlu marah..sebab 2 kau selalu aje menggelupur macam cacing kepanasan eh, sebab kau takut kau kena tinggal..hahahah...nampak sangat la yang kau takut dengan bayang-bayang kau sendiri..aku nak ingatkan kau, kalu berada di pihak yang salah, kita tak boleh marah..menegur dengan lemah lembut adalah cara yang bijaksana untuk menyelesaikan permasalahan..manakala menegur dengan cara yang kasar akan mewujudkan perbalahan..tapi dah memang aku isytiharkan perang teluk dah ni..


selamat berperang..!!!!


Best regards,


 

~ Crepe Durian ~


Assalamualaikum semua...hari ni aku nak bercerita pasal crepe durian yang menjadi kegilaan aku sekarang ni..tapi aku belum gila lagi..cuma terlebey xcited jer..ngeee..lagipun kalu u olls tengok kat facebook, bersepah2 orang duk bercerita pasal crepe durian ni..dah menjadi fenomena seni yang menggagumkan betulla..kalah taufan sandy yang melanda new york..wow wow weeee..memang sedap la beb..kalu makan sejuk2 lagi sedap..memang mantooppp..!!! konfem, kalu beli 1 paket mesti xcukup bagi aku yang memang penggemar tegar raja buah ni..erk, macam mengada2 lebih jer..


1 paket ada 6 biji crepe durian ni..tapi dah hilang sebijik dah masuk dalam mulut aku..ni sebab dah xtahan godaan bau durian ni..cooobaaannn...
 

ni crepe durian yang kawan aku buat..ofismate okay..sape2 yang nak buat tempahan boleh survey2 kat blog die ni ha..aku bagi link die eh..u olls search kat qeenschocolove.blogspot..gerenti sedap..gerenti puas hati..gerenti malatopp..banyak gerenti lagi yang aku jamin dengan cop sirim skali..nak tunggu cop mohor2 besar lambat lagi..ahaksss..sekarang ni pun, kat ofis aku dan mula menular musim crepe durian..jangan kata bahagian ofis aku aje, sekarang ni bahagian2 lain pun dah tahu..jualan laris beb..memang xmenang tangan la kawan aku ni ambik order..promosi besar-besaran..nak dekat hujung tahun ni, megasale banyak la..hahahah..tapi crepe durian ni xde diskaun erk..harga nett..titik..!!!


kalau aku ni jenis tangan lembut, boleh la aku try buat..tapi al-maklum aje la..tangan dan jari jemari aku ni xboleh nak lentur dah..hihihihi...sebab 2 la ada pepatah yang mengatakan melentur buluh biarlah dari rebung nya..hah, kan bila dah kematu macam ni dah susah nak lembut dah..tapi kalu nak seribu daya, kalu xnak seribu dalih la kan..ngeee~..tetibe aje tersentap sendiri..kalu bab masak2 ala2 western ni aku rajin la jugak..kalu bab2 kuih muih ni memang failed la..tapi akan diusahakan nanti..nak tunggu nanti 2 xtahu la sampai bila..doakan aje la yerr..


Best regards,


 

Wednesday, 31 October 2012

~ Mood = Teruk ~


susahnya nak cakap bila bab mood menjelma bak ternampak hantu pocong kat depan pintu aje..terkujat, terlopong, terngadah semuanya ada..sampaikan sebutir ayat pun xleh nak kluar..betapa dahsyatnya sampaikan aku xleh nak luahkan ape yg aku rasa sekarang ni..psikologi aku xberapa nak betul dah agaknya..ni dah betul2 distress ni..hari2 duk melayan stress lame2 boleh dapat penyakit la aku...xpasal2 aku pegang rekod berpenyakit plk kang..sekarang ni kan stress tersangat2 la glemer di kalangan diri kita sendiri kan..kalah hafiz awan nano feat dato siti nurhaliza..hohohhooh..buat sementara ni, riangkan hati sendiri udah ler..




 
stress kat ofis...??? sudah tentu la..tanya la semua orang dan semua akan cakap ye, ye dan ye..orang yg xpernah mengalami stress 2 maybe die ambik drugs la kot..sebab 2 bila nak start stress je die jadi okay..ihhihihi...sambil ketuk2 mulut sebab terlalu cepat ayat ni kluo dalam kepala otak aku ni..kata dr. hm tuah iskandar al haj "tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak beerti.." bila direnung renungkan, benda ni memang masuk akal logik..ayat lancang kuning macam mana pun, benda tu memang xdapat nak dikawal oleh traffic pun bila tekanan perasaan nak marah tu datang..kronik betul la..


ni yg mak nak cite ni..kat ofis ni dah ada jembalang jeles nyah..bukan setakat sekor aje, maybe ada lagi dua tiga ekor..maybe jgk akan ada berekor ekor lepas ni..hahahahh..beranak pinak eh kau jembalang..pandai pulak kau bermuka muka..jangan katakan talam dua muka, ni dah tahap kuali tembaga dah..dah dekat ngan lembaga janji ada baga kat belakang tuh dah boleh kira sepupu sepapat la...ni la nama nya orang tua xsedar diri..duk dengki kat orang muda belia macam aku ni..dah berkedut seribu pun, boleh lagi nak berebut kuasa..piiiirahhh..!!!! dah tua2 tu buat2 la berebut nak g masjid ke, surau ke ada jgk faedahnya..kubur dah cakap datang lah, rumah pun dah cakap pergilah pun xsedar2 lagi..


memang aku marah gila ni..bukan setakat marah je, menyampah, benci semua ada...dah xtahu buat kje 2, xnak tanya orang..bila orang lain buat, die pulak duk sibuk nak dapat nama..depan yang berhormat tunduk sampai kepala mencecah ke lantai dah..hebat betul kau membodek..lagi afdal aku gne ayat mengadu la senang..aku ni jenis yang merendah diri, xnak la gaduh ngan orang tua macam die tu..kang bila aku serang die kang, xpasal2 die terus kiokk..aku pun free2 je dapat dosa kering..hihihi..nak balas dendam tapi xtahu macam mana..kalu aku buat macam 2 serupa la aku ni pun berperangai macam die jugak..xnak xnak xnak..pi mampusss die la nak buat ape pun..janji die x menggangu gugat hidup aku lelebih sudah..sahabat sekarang ni, lame2 boleh jadi seteru yang amat menakutkan..jenis tikam belakang..kenyataan ni..


oleh itu, ingat la jangan pernah rasa putus asa kerana itu adalah alasan mereka yang hanya melihat dunia ini dengan penuh masalah..sebaliknya jadilah orang yang sentiasa bersedia untuk merubah masa depan supaya ia lebih baik..halangan atau cabaran atau masalah bukanlah penyebab besar kepada kegagalan kamu terhadap diri kamu sendiri..sooo, xpayah la nak sedih2 sebab ini akan membuatkan musuh anda akan bergembira..dengan itu, bahagiakanlah hati anda yang mana ia akan membuatkan musuh anda akan berdukacita..ahahahah..BINGGO..!!!!


selamat beramal... :)

Best regards,


 

~ Snap..Snap..Snap.. ~


assalamualaikum..selamat pagi dan salam 1malaysia..sedikit sopan gitu...hari ni 31st Oktober 2012..pejam celik pejam celik dah habis bulan dah..esok dah masuk bulan november..sedar x sedar dah nak habis tahun 2012 dah..tahun depan tahun baru dan aku pun sudah siap sedia untuk membentuk perhubungan baru yang lebih matang dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab terhadap kehidupan berkeluarga..ceeewahh...!!! ayat skema tahap pakai cermin mata tebal 3 inci ajer dah gayanya..hihihihi..

aku ni pun saje je nak habiskan masa yang terluang ni..sementara tengah relax xde kje ni la aku blh godek2 blog ni..kalu x, memang aku sibuk dengan kje ajer la..pekerja mithali la katakan..masa aku penuh dengan buat kje, nak jawab coll lagi dan ibarat aku ni macam operator dah lagaknya..padahal operator yg sebenar pun bukannya ade kje sangat, saja je nak menyusahkan orang..whatever la..hari ni hari senang sedunia aku..soooo..aku jimba2 la hari ni...HOOOOREYYYY...!!!!

hari ni pun aku saje suka2 nak masukkan gambo yg sempat aku snap snap kat rumah hari 2 masa ada kenduri makan2 masa raya haji baru2 ni..erkk, macam pelik je ayat aku ni kan..xpe la janji u olls paham ape yg aku maksudkan..kalu x faham pun, buat2 faham la yerk..huhuuhhu..kalu u olls nak cakap aku ni poyo ke, perasan hot ke, gedik ke, 2 semua aku x peduli..ni kan blog aku kan, so aku punye suka la kan..kalu u olls dengki, u olls buat la jgk macam yg aku buat ni..hohohoho..



uuiisssshhh...apasal cenggini jadinya.. si kecik 2 pura-pura terkejut la ni..tapi ape plk motif aku buat muka macam 2 erkk...tetiba je posing dengan muka cemberut gitu..aksi spontan ni tauuuu...



meet my lovely and my beautiful little sister..comey aje..muka bersih macam xde dosa je ni..hiihhihi...biar la Tuhan yang tentukan bab dosa pahala ni ehh..yang penting kami enjoyyyy...



hahh..ni macam aku plk yg buat2 terkejut..poyo betul kan..release tension la katakan..budak kecik 2 duk main liter..kang terbakar betul2 baru tauuu..tapi dan tentu la aku yg akan jadi mangsa pertama kot..ihihihhi..



ni yang best ni bila guna iPhone..macam2 kaler picture aku blh buat..bab picture memang iPhone hebat la..tapi yg kureng nye bila xleh nak bluetooth..blh pun dgn geng2 iPhone jgk..nan ado jer..ingatkan dah hebat..!!! ada jugak yg cacat sikit..hohohoo..



my first kiss went a little like this..and twist..and twist..tetibe dah terkeluar lirik lagu 'my first kiss' ni haaa...eeiii, budak kecik ni..die ni memang rapat dengan aku..saaaaaayang kamu budak kecik...!!!! mmmwuahhh...!!! mmmwuahhh...!!!



uuuuuu...dah macam anak jepun..kalu mata sepet memang sahih lagi nyata la..hihihi..aku ni, kat mana2 pun sempat aje aku snap gambo..tanpa mengira masa dan keadaan..kalau dah suka bergambar, bagi la ape2 pun..kira menjadi la..BINGGO...!!!




 
Best regards,


 

Sunday, 28 October 2012

~ Salam Aidiladha ~


belum terlambat lagi aku nak wish "Selamat Hari Raya Korban" a.k.a "Hari Raya Haji"...walaupun tahun ni x berapa nak cukup corum, tapi tetap meriah jugak..penuh dengan gurau senda ktorang sepupu sepapat jela..itu yang menampakkan lagi kemeriahan raya ktorang tahun ni..

raya pertama balik kampung atuk kat kuala telemong..macam biasa la, atuk aku korban lembu dua bahagian..bukan banyak mana pun dapat..katanya satu kilo harga die rm50..macam mahal kan..tapi x tahu la betul ke x..macam x logik pun ada..tapi, hentam aje la..janji niat 2 betul..gambar2 kat bawah ni adalah sebahagian daripada xtiviti ktorg..


   ini ntah bahagian mana ntah..kat bawah 2 hati..masak gulai aje la jawabnya..makan ramai2 + ngan sambal belacan..bestttt...!!!!


tulang rusuk...buat sup pun sodapppp...!!!! tapi, hari 2 my mum buat gulai tulang aje..makan sup time hujan baru best..bila sejuk, makan sup tulang panas2..sedappp siottt...


 
tiga bahagian..menandakan untuk 3 orang..kot lah..hiihihihhihi..bahagi pun sama rata aje..xde yang terlebih, xde yang terkurang..


ni my mom ngan my grandmother..dorang tengah bahagi2 daging ler tu..my mom 2 tengah potong daging untuk buat panggang..


ni la hasilnya..ada daging, ada hati..just gaul ngan garam + kunyit jer la..nak perap ngan rempah ratus lain dah x sempat..buat simple2 sudah..janji boleh dimakan..hihihihihih..


dah hampir masak..yumm yumm..cicah ngan air asam..perrgghhhhh..sedap hingga menjilat hujung jari tangan lah...silap2, dgn pinggan2 skali licin berkilat sampai xperlu nak basuh2 lagi..hihihihi..



raya kedua balik rumah sendiri pulak kat kuala terengganu..maksdara aku pulak buat open house..rumah die pun kat depan rumah aje..senang la nak ulang alik..jemputan mencecah 200 ratus orang...perrgghhh, ramai dan memang memenatkan..dalam duk penat2 2, tapi best bila ada ramai sedara mara, sepupu2 semua datang..tapi gambar2 tengah masak memang xsempat nak snap pun...bizi sangat la katakan..masak banyak, tapi x membazir la sbb semua lauk pauk dah bagi2 kat sedara mara yang lain, kat jiran2 rumah dah hantar sorang sikit..alhamdulillah..dapat la sama rata semua..harap2 dapat keberkatan la..aminnnn...


hah..Dato' Wan Hisham yang pakai cermin mata tu..tu aje yang aku kenal..hihihihi..datang awal tu..semangat betul..semangat datang makan kot..hehehehe...


yang pakai baju ala2 pink sikit 2, Dato' Wan Farid..abang kepada Dato' Wan Hisham tadi..dorang ni memang dah pakat datang serang makan awal2 agaknya..ape2 pun, enjoyyyy ler...


kuii kuii kuii..orang tengah ramai..aku sempat lagi duk menggedik ambik gambor ni..saja je duk suka2..boring masa ni..iPhone kan ada macam2 design masa nak take a picture 2, 2 yang bibir dah jadi kaler oren..makin syok ler plk ktorg duk snap2 ni..


cun x...???? hihihih..whatever la..





Best regards,


Tuesday, 16 October 2012

~ Long Time No See ~


fffuuuuu...ffuuuu...dh berhabuk2 page ala2 diary ni haa..konon2 nye la..tapi betul ape, aku just tulis ape yg aku rs, apa yg aku alami, ape yg aku dengar dan lihat..semua ni bukan rekaan, tapi kenyataan dan hakikat semuanya..kalu ade kaitan dengan u olls, 2 aku xkan bertanggungjawab la, sebab aku bukan kenal u olls pun kan..kalu ada kaitan , harap di maafkan dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki aku ni haa..ihihihhi..lawak kampung jer yerr..selama beberapa hari ni, memang aku x sempat langsung nak jenguk dan nak update cite yg ada disekeliling aku ni..oleh kerana sibuk dengan kerja, sibuk dengan kursus, dan slalu ulang alik balik kampung yg sgt2 memenatkan aku, so xde masa la aku nak update ape2 pun..sekarang ni, aku rasa ada masa lapang sikit..2 pun masih ada banyak kerja yg aku belum siapkan..alangkah indahnya kalau aku ni ada banyak duit, so xpayah la aku kerja tunggang terbalik macam ni..uuittt..uuittt..sedarlah diri 2 ema oiii..rezeki di tangan tuhan, jangan pertikaikan ape yang tersurat dan yang tersirat yerr..


tempat yang dapat menenangkan hati dan fikiran aku..akan aku jejak kaki di sana suatu hari nanti..insyallah..aminn..



kali ni, cite hal ofis masih lagi belum settle2..makin banyak lemak tepu dalam diri orang2 yang berlagak bagus ni..bodoh tahap ******!!!! sampai aku xleh nak cakap ape dah..makin menyampah, makin meluat pun ada..astarfirullah..tapi mana boleh nak tahan2, kena lepas geram ni jgk la..baru puas hati aku..tapi orang2 kat sini, u olls maki hamun ayat power rangers pun, dorang buat xtahu jerk..hati kering betul..sungguh sedih aku pedih!!!!...sejak ada batu api, batu nisan ni, macam makin teruk jer jadinya..suka sangat agaknya nak cucuk jarum botox kat orang lain..kalu dah dasar anak *****!!!! memang xleh nak buat ape dah la..hati busuk macam bangkai **** jerr..keturunan dia dah agaknya...???ape nak buat dengan orang yang macam ni eh..layak ke kalu dibunuh secara berjemaah..???hihihihi..macam kejam la plk, sebab dia bukan nye bunuh orang pun..kalu die buat gitu, memang hutang darah dibayar darah la..senak urat perut betulla..macam la ktorang semua xtahu die 2 macam mana..cuma ktorang buat senyap je sebab nak tengok die buat langkah kekuda ape pulak lepas ni..kalu die bertindak dengan kelajuan kuasa kuda, ktorang pun akan bertindak dengan kuasa roket pulak..vvroooommm..!!!! mengalahkan lamborghini gallardo..hihihihi..cite terbaru ni lagi buat aku nak meletup...si pekak atau si tua nak mampus curik 1 kotak air mineral yang aku bawak balik dari ****** sebab ada lebih..aku xtahu sape punya angkara ni..punya la hangin 1 badan aku ni..meletup satu ofis la aku memekik..memang ****** serupa **** tonyok jer..beruk makyeh betul...!!!! ayat aku ni memang aku xnak cover dah..nasib kau lah...!!!!


memang aku xtahan nak marah ni..!!!!




Best regards,



Friday, 5 October 2012

~ Makan Angin @ Perak ~



huh..!!! dengar tajuk cite ni macam best jer sebab ada perkataan makan angin..tapi disebaliknya ada la maksudnye..saja aje nak buat gempak sikit..nak la jgk merasa hebat macam gosip jue aziz ngan aidil 2 kan..kan..kan..tapi ni bukan betul2 makan angin sangat pun, ktorg semua pi sana sebab hal kerja..sekarang ni kan duk tengah heboh pasal 5s kat semua ofis kerajaan..kalu ada ofis swasta 2, aku xtahu la sebab aku xambik tahu pun..hihihhih..pagi semalam bertolak ke perak then petang baru bertolak balik ke putrajaya semula..happening jugak la lawatan kerja semalam secara berjemaah ngan bahagian2 lain..

perjalanan yang membosankan sebab driver bas 2 pasang radio saluran lagu-lagu klasik..kalau pasang cd aku xtahu la..yg naik bas 2 bukannya dalam kategori warga emas semua, tp ada jugak golongan muda belia..mana la nak dengar sangat lagu-lagu klasik ni kan..ntah2 tajuk lagu pun ktorg xtahu sangat kan..kan..kan..vageda vageda la..tapi lawatan kerja semalam 2 kira okay la..ats pagar ajer..part membeli belah kat tapah 2 yg best sesangat..betul2 5s gerai akak yg jual buah 2..kul 430ptg, akak 2 dah boleh balik rumah sebab semua buah yg die jual, habis ktorg sapu..line clear lah..korang layan la gambar2 yg sempat ktorg snap ni..



hah..sempat lagi snap masa bt lawatan kerja 2..patutnya kena take note ape yg dorg ckp, tp ktorg sempat bergambar lagi..yg sebelah aku 2, die xcukup tdo..2 yg terpaksa lelap sambil berdiri jap..hihihih..lawak jer tau...jangan marah2, nanti kena jual..



aku xtahu ape motif aku ambik gambar ni..tp sebenarnya aku ambik gambar lelaki 2..hihihii...hensem kan..macam dah jatuh cinta pandang pertama aje..ntah2 dah kawin kn..aku saja2 jela ambik..buat kenangan mata..moga2 lena la waktu tido malam aku..


sebenarnya aku nak ambik gambar ngan kakak kesayangan aku ni jer..(tudung hijau+oren)..tp ada lagi peserta yg nak tumpang glemer ngan aku skali..hihihi..so, aku biarkan jela..ramai2 pun ok jgk..sambil tangan di dada mata ke atas..heheheh..



ape cer ni derrr...banyak nye borong buah jambu..setiap sorang ada dua beg plastik..aduuiiii..ni belum lagi dapat bonus yg dato' najib umum dalam bajet baru ni..agaknya lagi hebat dari ni la..org kata kalu singgah kat r&r tapah, kalu xbeli buah jambu memang tak sah kan..kira okay la ni..ada la jgk buah tangan dari sana..



jangan terkejut sebab hampir satu bas beli buah kat tempat yg sama sebabnya akak yg jual ni harga die murah..ramah plk 2..lagi senang hati la ktorg duk memilih buah..tgk kak ayu (tudung oren yg angkat tangan 2..) bukan main byk lagi die borong..org yg paling lama duk menghadap buah 2, die la..hehehe..jangan marah yer kak ayu..



hmmm...dah habis beli buah, sekarang duk melangguk jela sambil duk snap2 gambar..gaya ayu-ayu gitu, bukan control eh..2 secara spontan yer..lelaki 2 nama die mustakim merangkap urusetia dan pemandu pelancong ktorg..hihihih..



lintang pukang susunan masa nak ambik gambar beramai2 ni..ntah hape2 aje la..bila nak susun, masing2 buat kayu jer..langsung xboleh nak bg kerjasama la..mana2 yg sporting bergambar 2 aku memang tabik toink toink toink la..tapi masa ni memang panas betul..

 


setakat ni aje la aku letak gambar2 ni..sebenarnya ada lagi, tapi belum sempat nak copy dengan yg lain..nanti kalu aku ada masa lebih, aku letak lagi gambar2 yg lain yer..


best regards,


Sunday, 30 September 2012

~ Tolongggg...!!!! Aku Dikejar.. ~



bunyi macam dikejar hantu aje lagaknyer..tp ini lagi2 menakutkan dari segala bagai jenis jelmaan hantu..aku xth la ape motif hantu jembalang ni nak kejar aku ngan kazen aku..ni masa ktorg nak balik ke terengganu hr khamis baru2 ni la sbb mak saudara aku nak menunaikan haji mgu depan..mak kpda kazen aku ni la..hari jumaat ada kenduri, sbb 2 la ktorg pecut balik..

ktorg drive la balik sana, dalam duk syok2 pecut keta 2, macam org racing kat litar lumba F1,  ntah bila masa ntah ada sebuah keta proton persona kaler silver dah duk belakang keta ktorg..memang rapat serapat-rapatnya la..kalu tetiba brekkk emegency mmg dah berdentum bak guruh di langit la..konfem2 la kemek bhgian belakang keta kan..tp mmg hebat la org yg drive 2, bila kazen aku brekk sikit die xhentam belakang keta..terror la plk..

mula2 memang ktorg xde syak ape2..tp musykil betul bila kazen aku ke lorong kanan, die pun ke lorong kanan..bila kazen aku ke lorong kiri, die pun ke lorong kiri..nak kata highway ni satu lorong je, tp ada 2 lorong..nak kata jalan jem walaupun xde roti nak sapu, tp x jem pun..hanya keta ktorg ngan die je yg ada atas jalan raya ni..memang jalan lenggang la..start 2 la ktorg dah fikir lain dah..

korang bayangkan start dari rnr gambang, die duk follow ktorg sampai ke tol jabor..memang seriau la beb..skrg ni macam2 taktik muslihat org nak rompak la, org nak bunuh la, org nak rogol la..macam2 kan kes zaman sekarang ni..aku ngan kazen aku ni xpayah nak cakap la rasa macam ape..tangan terketar2, dada jantung dan segala bagai organ yg ada dalam badan ni dup dap dup dap dah..dalam hati dah duk doa macam2 dah..makin laju kazen aku bawak keta, die pun makin laju..ape kes mamat ni duk follow aku pun, xde sape yg tahu la..nak kata member, memang jauh panggang dari api la..

masa 2 dah kul 530 ptg, aku kol member aku harap2 die ada lagi kat ofis..nasib memang menyebelahi aku la masa 2..nak mintak tolong ngan org lain, memang kat atas jalan hanya ada keta ktorg ngan die aje..bila nak tengok number plat keta die, pandai plk die elak keta die..tp aku nampak jgk la plat number keta die 2..bila dah suruh member aku check, rupanya number plat keta 2 adalah sebuah van toyota privia..ape kessss...???? sah2 pakai keta curi dan palsukan plat number.. makin kecut perut dan tangan, pucat lesi la ktorg..dalam kepala memang dah bayangkan yg org ni nak rompak or rogol or bunuh or yg sewaktu dengannya la..masa 2, semua purse n barang2 lain ktorg dah sorok dah..

kazen aku kol plk bos die nak mintak number fon rakan cop..kazen aku ni keje kat bukit aman..macam2 hal la jadinya..macam number ktorg dapat..kazen aku pun dah buat report kat rakan cop..masa kat tol jabor 2..ktorg berhenti kejap sbb takut jgk ape2 jadi..tp bila ktorg tengok die dah masuk smart tag dan menghala ke cherating, lega la sikit..tp still lagi duk berdebar2..ktorg plk terus ambik jalan ke jabor..macam2 ktorg dapat pesanan dari member n bos masing2..sharing is caring kan..tp lepas ni ktorg dah macam fobia dah nak drive balik kampung..harap2 lepas ni xde lagi la kes2 macam ni jadi..maybe die ni roadbully je kot..nak kata ktorg ni artis memang x la walaupun ktorg ni ada gaya jadi artis..ahahahah...ape2 ajela..

rasa nak jaja aje no plat keta persona ni..tp keta 2 kan pakai no plat palsu, nanti kesian plk van toyota privia 2 yg jd mangsa..pandai kepala otak org zaman sekarang ni..aku memang tabik spring toinkk toinkk toinkk la, die memang berani..berani lagi nak buat jahat lagi..die pun salah follow org la..die x tahu yg aku ngan kazen aku ni keje ngan badan beruniform..hihihi..harap2 la polis dah dapat org 2..org macam 2 memang perlu diberi pengajaran sikit..u olls semua pun berhati2 la.. 




Best regards,



Monday, 24 September 2012

~ Aku Dan Dia...Dah Putus ~


Hati aku tertarik dengan satu cerita kisah cinta dalam laman sesawang top ni..cerita ni memang betul2 terjadi pada aku suatu ketika dulu..kalau bukan pada aku pun, cerita ni pernah jadi pada u olls semua jgk kan..bila dibaca, memang betul2 reality, kenyataan dan bukan mimpi..dengan itu, aku nak share kat blog aku ni plk..ikutila kisah cerita cinta ni..




Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa...?”

“aku dah x sayangkan dia..pelik bukan..tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau..kau x kesiankan dia...? dia sayang kau…”

“kesian la jugak, tapi bila aku fikir balik lagi kesian kalau aku teruskan..aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”
 

selepas setahun.
 

“aku geram..!!! dia tipu aku..lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa..? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku..dia tipu aku..!!! aku rasa pedih..terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih..?? kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah..mungkin rasa dikhianati, x dihargai, mungkin kalau aku sayang dia, sekarang aku dah longlai...separuh mati aku terluka..rabak...koyak...patah….”

“lupakanlah.....jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop..mata aku x boleh nak lelap..kecewa aku menggunung, otak aku overtime….”
 
 
beberapa bulan kemudian.
 

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang..?? Sekelip mata..”

“kau ada jawapan..???”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia..??”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah..aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat..apa yang jadi dalam hidup aku..

dan aku dapat jawapan..kau nak tahu..??”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku, Dia tak nak aku setia pada orang yang x hargai aku, Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun..mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku..sedangkan banyak benda yang aku lalai..hubungan aku dengan Allah aku terabai...”

“maksud kau..??”

“aku banyak berfikir..refleksi balik segalanya..cari jawapan pada soalan-soalan aku..aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah..leka dengan cinta lelaki..aku dah bazirkan masa, duit untuk cinta lelaki..aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta..nak tahu sesuatu..??”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah..sekarang aku rasa aku tahu kenapa..?? aku belum cukup baik dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik.. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah, tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi..

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah, sayanglah then gaduh sampai emo seminggu..lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu, lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang..??”

“aku tengah berjuang menjadi lebih baik..doakan...selangkah, dua langkah…aku sedang berlari..mendekati Pencipta…”

“lelaki..?? cinta..??”

“hanya yang halal..janji Allah itu pasti..”

“kau yakin sekarang..?? rasa lebih baik..??”

“alhamdulillah.....semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah...aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh...cahaya itu yang buat aku bangun dan ketenangan itu milik aku...sungguh, hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung...aku khilaf....sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak..

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku..mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja, tapi sekarang aku dah sedar, faham tanggungjawab aku...Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini...
 
syukur :) ”



P/S : Jangan memberi harapan pada pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri..

Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali dan Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri...





Best regards,



Wednesday, 19 September 2012

~ Sakan Borong Novel ~


assalamualaikum u olls..


macam xsabar2 jerk aku nk taip blog hari ni..
baru2 ni aku sempat la kirim beli novel kat ofismate aku..
tengah-tengah poket semakin nak kering kontang ni,
bukan macam kat padang pasir yerr..
sempat lagi aku borong novel sampai empat buah sekaligus..
dak umah aku tanya.. "ko dah gaji ke???"..ahakss..
belum dpt gaji pun lagi,
 tapi duit terselit-terselit celah poket purse tu adala..
balik ni boleh la aku study hard dalam bilik sengsorang..
xsabar2 dah ni nak tunggu waktu balik..
konfem-konfem sampai rumah, letak beg, bukak baju, mandi,
then baring atas tilam ala2 king koil sambil baca novel..hakhakhak..
memang aku takkan buat kje lain dah ni..
aku ni bila dah start enjin baca novel, memang xkan bergerak la..
dak2 umah ajak sembang pun, aku layan sikit2 jerk..
mata pandang novel,
telinga je duk dengar ape yang dorg duk pot pet-pot pet..
sakan tuh duk menyembang..hahaha..
faham-faham je la bila org dah kaki novel macam aku ni..
tapi yg peliknya kalu buku-buku ilmiah masa sklh dl,
bukan main susah lagi aku nak membelek,
menghafalnya apatah lagi nak membeleknya pun
aku rasa susah semacam jerk..
ntah dimana silapnya aku xtahu la..ntah pape2 la aku ni pun..
oraite, ni je novel2 yang aku dah borong setakat ni..



aku suka cover die..warna merah 2 agknya yg menaikkan seri..
hope, cite ni bestttt...!!!



org kata ni novel bestseller..mesti best agknya..
cover pun sedap mata memandang jer..simple..
jalan ceritanya belum tahu lagi la macam mn..



aku dah baca separuh dah novel ni..best, aku pun nak suami macam ni..
tapi en.sayang aku dah memang perfect 10 dari segala segi..ahaksss....
ada makna yg tersembunyi ni..



kalau keluaran kaki novel, memang best la..tunggu dan lihat jerk..



Best regards,